ETIQA - Takaful Keluarga

Takaful Keluarga seperti pelan simpanan, perlindungan dan pelaburan. 

a. Dana Pendidikan Anak - Pelan Sarjana

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok. Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan kesejahteraan anak anda?

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.
 
Manfaat Utama


Manfaat Perlindungan
• Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
• Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
• Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan. Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.
 
Manfaat Matang

Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
 
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
• Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
• Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
• Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja)
• Tabungan Tambahan

 
Kelayakan Penyertaan
Had Umur: Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan: 5 hingga 25 tahun
Umur Pada Tarikh Matang: 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minimum: RM10, 000
Sumbangan Minimum: RM600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

 
Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad. Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

 
Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
 

*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.




b. Pelan Simpanan dan Perlindungan - Pelan Mesra

Bukankah sempurna sekiranya anda menyimpan sejumlah wang untuk simpanan, dan mendapat perlindungan sewajarnya?  Kami menawarkan anda pelan insurans hayat yang menggabungkan perlindungan bersama program simpanan anda yang sedia ada.  Cara ini dapat meningkatkan sumber kekayaan anda dengan lebih ketenangan jiwa sambil anda merancang kewangan anda demi masa depan yang penuh gemilang.    
Gabungan tabungan dan perlindungan untuk perancangan kewangan hari esok. 
Pelan yang fleksibel dalam meningkatkan perlindungan kewangan keluarga.




c. Pelan PRIMA

Ia adalah pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya.Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu musibah.
 
Perlindungan 24 jam seluruh dunia!

Manfaat Utama
• Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh keilatan.
 
Manfaat Survival Berjadual                  

Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak.

Anggaran Manafaat Survial
10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan sebanyak 4% setahun.


Nota : 
• Manfaat semasa matang adalah baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta danLebihan Akaun Khas Peserta.
• Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun keduapenyertaan.
• Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.
 
 
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Pembayar – Kontrak Juvana sahaja

 
Kelayakan Penyertaan
Had Umur: 6 bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan: 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun
Had Umur Matang: 84 tahun (pada tarikh lahir akan datang)

 
Sumbangan Minimum: RM1,200.00 setahun 

Lat Sumbangan: 
• Tahunan
• Setengah Tahunan
• Suku Tahunan
• Bulanan

 
Perlindungan Minimum: RM10,000

 
Manfaat Matang

Jumlah amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta berserta dengan lebihan dari Akaun Khas Peserta setelah ditolak pembayaran manfaat survival berjadual.

Pembahagian Keuntungan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda