Rabu, 4 Ogos 2010

Takaful Keluarga

Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka panjang kepada anda. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

Anda boleh memilih sendiri tempoh matang pelan anda dan tidak ada pelucutan hak sekiranya anda membatalkan pelan takaful keluarga anda. Anda juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan jika anda menyertai pelan takaful keluarga.

Ciri Ciri Penting Takaful Keluarga

1.Terbuka kepada semua individu berumur di antara 18 - 55 tahun
2.Pilihan tempoh matang sendiri
3.Tiada pelucutan hak jika berlaku pembatalan
4.Kemudahan pengeluaran sebahagian daripada caruman
5.Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful
6.Menyediakansimpanan dan pelaburan jangka panjang.

Memilih Takaful Keluarga
Jika anda berminat untuk mendapatkan takaful keluarga, pastikan anda:-
a. Memilih pelan yang benar-benar sesuai dengan peringkat hidup anda.
b. Memahami skop perlindungan pelan tersebut

Jenis Jenis Takaful Keluarga

Individu.Ini termasuk pelan pelajaran,gadai janji,kesihatan dan rider.Anda akan menerima manafat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.

Kumpulan.Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan rider. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini.
Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Anuiti.
Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara.

Berkaitan Pelaburan. Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal